RONALDO sebelum ini terlepas perlawanan menentang Villa dalam aksi Piala FA.
RONALDO sebelum ini terlepas perlawanan menentang Villa dalam aksi Piala FA.
Agensi

London: Cristiano Ronaldo pulang awal daripada sesi latihan semalam selepas mengalami kecederaan paha sekali gus tidak pasti dapat beraksi menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana awal pagi Isnin ini.

Ronaldo terlepas perlawanan ketika United menewaskan Villa 1-0 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA akibat kecederaan pinggul tetapi ia masalah berbeza yang berlaku ketika sesi latihan di Carrington.

Ronaldo diperiksa pegawai perubatan sebelum memandu pulang ke rumah dan akan menggunakan tabung oksigen sendiri yang mampu memperbaiki tisu yang cedera.

Legenda berusia 36 tahun itu terdesak untuk kembali cergas menentang Villa dan membantu rakan sepasukan melonjak ke kelompok empat teratas.

Red Devils keciciran lima daripada sembilan mata terakhir dalam saingan liga apabila seri dengan Newcastle di tempat lawan dan tewas kepada Wolves tetapi menang 3-1 ke atas Burnley.

Mereka menduduki tangga ketujuh, enam mata di belakang West Ham di tangga keempat tetapi berkelebihan dua perlawanan dalam tangan berbanding Hammers.

Ketika pengurus sementara Ralf Rangnick hanya tewas satu daripada tujuh perlawanan sejak dia mengambil alih, prestasi mereka tidak seperti diharapkan penyokong United dan

menurut Ronaldo, mereka perlu menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 10:03 PM