Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. FOTO Agensi
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester City dilaporkan masih berminat mendapatkan khidmat Harry Kane dan mungkin melakukan percubaan sekali lagi terhadap penyerang Tottenham Hotspur itu pada jendela perpindahan Januari depan.

Skuad The Citizens dikait rapat dengan kapten England sepanjang musim panas tetapi gagal mencapai persetujuan bersama Spurs terhadap yuran perpindahan dengan kelab utara London menilaikan pemain bintang mereka itu sekitar £160 juta (RM898.2 juta).

Kane didapati sukar mempamerkan aksi terbaik di peringkat kelab musim ini, meledak hanya satu gol dalam 13 penampilan di Liga Perdana selain menjaringkan lapan gol dalam 20 perlawanan di semua pertandingan.

Menurut laporan El Nacional, bos Man City, Pep Guardiola masih berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun dan melihatnya sebagai pemain yang cukup lengkap bagi sistemnya di Stadium Etihad.

Laporan mendakwa Kane ketika ini menjadi sasaran utama perpindahan ke Real Madrid, tetapi bos Los Blancos, Carlo Ancelotti memberitahu presiden kelab Sepanyol itu, Florentino Perez supaya mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland sebagai pengganti masa depan bagi Karim Benzema.

Kane masih mempunyai bagi kontrak dua setengah tahun di Tottenham Hotspur, jadi skuad kendalian Antonio Conte kekal berada di kedudukan terbaik mengenai masa depan pemain Inggeris itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 10:45 PM