KANE jadi rebutan banyak kelab termasuk United. FOTO Agensi
KANE jadi rebutan banyak kelab termasuk United. FOTO Agensi
Agensi

TOTTENHAM Hotspur tidak berminat untuk melepaskan penyerang sensasi mereka, Harry Kane pada musim panas dan juga tidak akan menjualnya dengan seteru utama di saingan domestik.

Kane yang kini berusia 26 tahun, sudah menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Spurs pada Jun 2018.

Bulan lalu, Kane bekrata dia tidak kekal di kelab utara London itu hanya untuk kepentingan dirinya dan terdapat laporan menyatakan pengerusi kelab, Daniel Levy bersedia menjual pemain itu dengan nilai £200 juta (RM1.085 bilion).

Manchester United sudah lama mensasarkan kapten England itu.

Tottenham adalah kelab pertama Liga Perdana Inggeris yang meletakan pekerjanya di bawah skim pengekalan pekerjaan.

Bagaimanapun kelab membuat pusingan U selepas menerima kritikan daripada penyokong dan kini pemotongan gaji hanya dikenakan ke atas ahli lembaga pengarah.

Terdapat pandangan menyatakan berikutan masalah kewangan, Levy bersedia meletakkan Kane untuk dijual jika nilai perpindahan menyamai rekod perpindahan yang dibayar Paris St-Germain kepada Barcelona untuk penyerang Brazil, Neymar pada 2017 bernilai £200 juta.

Bagaimanapun masih tidak ada sebarang kepastian berhubung pintu perpindahan pemain pada musim panas dengan isu Covid-19 melanda dunia ketika ini dan semua kelab bola sepak berdepan masalah kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2020 @ 9:58 AM