SUKAN Sea Vietnam berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan. FOTO Agensi
SUKAN Sea Vietnam berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan. FOTO Agensi
Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengumumkan temasya Sukan Sea Vietnam akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan.

Ia adalah tarikh baru selepas penganjuran yang sepatutnya berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember tahun ini terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 yang masih lagi menjadi ancaman kepada dunia.

Ia memberi maklum balas positif buat semua negara yang kini sudah boleh menyusun perancangan bagi menyertai temasya dwi tahunan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 10:13 PM