PENANG FC, Tomas Trucha. -FOTO Asrol Awang
PENANG FC, Tomas Trucha. -FOTO Asrol Awang
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my


Kuantan: Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha percaya skuad itu masih berpeluang untuk merebut tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas sekadar mengutip satu mata daripada tiga perlawanan.

Beliau berkata, walaupun tewas 0-4 kepada Sri Pahang FC di Stadium darul Makmur malam tadi, peluang masih lagi terbuka buat Penang dengan tiga baki perlawanan.

"Saingan Piala Malaysia masih lagi berbaki tiga perlawanan dan saya akan memastikan Penang FC dapat memanfaatkannya untuk layak ke pusingan seterusnya

"Pada masa sama, kami akan beraksi di tempat sendiri bertemu Sri Pahang Rabu ini dan mengharapkan kekalahan ini dapat ditebus dan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia," katanya.

Pada perlawanan itu, Penang FC gagal menyekat Sri Pahang daripada mengutip tiga apabila apabila tewas 0-4.

Empat gol tuan rumah, masing-masing dua dijaringkan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-11 dan 55 manakala satu oleh Manuel Hidalgo (m-47) dan Abubakar Yakubu (m-72).

Mengulas kekalahan 0-4 kepada Sri Pahang, beliau mengakui kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal mengekang asakan pemain tuan rumah.

Katanya, anak buahnya tidak bermain sebagai satu pasukan yang menyebabkan skuad itu gagal menafikan kemenangan Sri Pahang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 11:34 AM