MUELLER (kanan) dan bekas bintang Portugal, Eusebio  bergambar di Paris pada 20 Oktober 1973.  FOTO AFP
MUELLER (kanan) dan bekas bintang Portugal, Eusebio bergambar di Paris pada 20 Oktober 1973. FOTO AFP
Agensi

Munich: Legenda Bayern Munich dan Jerman, Gerd Muller meninggal dunia pada usia 75 tahun semalam.

Dianggap salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah, Muller meledak 68 gol dalam 62 penampilan bersama Jerman Barat termasuk gol kemenangan menewaskan Belanda pada final Piala Dunia 1974.

Dia menjaringkan 547 gol dalam 594 perlawanan kompetitif sepanjang 15 tahun beraksi bersama gergasi Bundesliga, Bayern.

"Hari yang menyedihkan kepada FC Bayern dan penyokong kami,'' kata presiden Bayern, Herbert Hainer.

AKSI  Garnacho (tengah) di depan gawang Sociedad.
AKSI Garnacho (tengah) di depan gawang Sociedad.

"Gerd Muller penyerang terhebat pernah disaksikan, manusia yang baik dan juga seorang personaliti dalam dunia bola sepak. Kami mengucapkan takziah kepada isterinya, Uschi sekeluarga.

"Tanpa Gerd Muller, FC Bayern yang disayangi tidak akan menjadi seperti hari ini. Nama dan kenangan yang ditinggalkan akan terus kekal selamanya."

Pemain terbaik tahunan Jerman dua kali itu memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 1970 selepas meledak 10 gol selain meraih Ballon d'Or pada tahun yang sama.

Dia membantu Jerman Barat menjuarai Kejohanan Eropah dua tahun kemudian dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Soviet Union 3-0 pada aksi final.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 5:06 PM