Robert Lewandowski (tengah) dan rakan sepasukan menjulang trofi Bundesliga. FOTO Agensi
Robert Lewandowski (tengah) dan rakan sepasukan menjulang trofi Bundesliga. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski berkata dia berasa seperti "filem sains fiksyen" selepas menjaringkan gol ke-41 dalam Bundesliga musim ini malam tadi untuk memecahkan rekod 49 tahun milik Gerd Mueller dalam Liga Jerman dalam hanya satu kempen.

Lewandowski meledak gol pada minit ke-90 ketika Bayern menang 5-2 di laman sendiri berdepan Augsburg selepas menyamai catatan Mueller dengan rekod 40 gol dilakukan pada 1971/72 minggu lalu.

Lewandowski mengatasi rekod Mueller dengan gaya klasik apabila menggelecek penjaga gol Augsburg dan melepaskan sepakan berikutan cubaan Leroy Sane ditepis sejurus sebelum wisel penamat permainan.

Robert Lewandowski pecah rekod 49 tahun milik Gerd Mueller dalam Liga Jerman. FOTO Agensi
Robert Lewandowski pecah rekod 49 tahun milik Gerd Mueller dalam Liga Jerman. FOTO Agensi

"Anda menanti hingga 90 minit dan kemudian ia datang dalam beberapa saat terakhir," kata Lewandowski kepada Sky selepas perlawanan terakhir itu.

"Ia seperti filem sains fiksyen. Saya hilang suara.

"Saya melihat Leroy melakukan cubaan ke gol, saya perlu terus percaya dan saya bernasib baik ia tidak masuk."

Lewandowski mencipta rekod berkenaan selepas menyaksikan semua enam cubaannya diselamatkan ketika Bayern meraih trofi Bundesliga buat musim kesembilan berturut-turut.

Mereka menamatkan musim dengan kelebihan 13 mata dalam liga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 8:43 AM