ROBERT Lewandowski. -FOTO AFP
ROBERT Lewandowski. -FOTO AFP
Agensi

Bayern: Robert Lewandowski meledakkan dua gol dan menjadikan keseluruhan 31 gol yang berjaya dijaringkan musim ini ketika Bayern Munich menewaskan Union Berlin untuk mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan tujuh mata di persada liga.

Penyerang Poland itu kini sudah lima kali berjaya menjaringkan 30 atau lebih gol dalam Bundesliga semusim, menyamai rekod yang dicipta legenda Jerman, Gerd Muller.

Penaltinya menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama sebelum menjadikan kedudukan 4-0 sejurus selepas rehat.

Kingsley Coman dan Tanguy Nianzou turut mencetak nama sebagai penjaring.

Pemain sayap Perancis Coman membuka jaringan awal dari jarak jauh untuk menumpaskan penjaga gol Union Berlin, Andreas Luthe.

Pelawat cuba untuk mengancam kedudukan dengan Robin Knoche dan Taiwo Awoniyi cuba untuk mencari gol penyamaan namun gagal.

Bayern kemudiannya berjaya mengukuhkan kedudukan menerusi gol Nianzou dari sepakan sudut Joshua Kimmich untuk gol pertamanya untuk kelab musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 11:46 AM