London: Penyerang Chelsea, Tammy Abraham terbang ke Itali semalam untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum melengkapkan perpindahan £34 juta (RM199.7 juta) ke Roma.
Kelab Serie A itu sudah mengadakan perbincangan bersama wakil pemain kebangsaan England dan perjanjian tertangguh bersama Chelsea sejak minggu lalu.
Chelsea menandatangani semula Romelu Lukaku dari Inter Milan £97.5 juta (RM572.6 juta) pada Khamis lalu.
Difahamkan perjanjian buat Abraham, yang menyertai senarai penjaring terbanyak Chelsea musim lalu, termasuk klausa bayaran balik sekitar £68 juta (RM399.3 juta).
Tapi ia tidak dapat ditetapkan sehingga graduan akademi Chelsea berusia 23 tahun itu melengkapkan dua musim bersama pasukan kendalian Jose Mourinho.