CHALOBAH ikat kontrak empat tahun bersama Chelsea. -FOTO Agensi
CHALOBAH ikat kontrak empat tahun bersama Chelsea. -FOTO Agensi
AFP

London: Pemain pertahanan Chelsea yang semakin meningkat naik, Trevoh Chalobah menandatangani kontrak lanjutan selama empat tahun setengah dengan pendahulu Liga Perdana itu semalam.

Chalobah yang juga boleh beraksi di posisi tengah sentiasa menjadi pilihan Thomas Tuchel sejak membuat penampilan sulung dalam Piala Super UEFA menentang Villarreal pada Ogos lalu.

Graduan akademi remaja berusia 22 tahun itu beraksi 10 kali musim ini dan menjaringkan gol yang tidak akan dilupakan sewaktu bertemu Crystal Palace pada penampilan pertamanya di Stamford Bridge.

"Ia menjadi nyata. Ia adalah impian untuk saya menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab zaman kanak-kanak saya dan semoga impian itu berterusan," kata Chalobah.

"Ia adalah permulaan musim yang sukar dipercayai dan sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan tapi ia menunjukkan kerja keras yang saya berikan dan keluar sebagai pinjaman membuahkan hasil.

"Saya cuba menarik perhatian pengurus pada pra musim dan kemudian membawanya ke dalam perlawanan jadi ia satu yang bagus dan konsistensi adalah kunci utama untuk mengekalkan tahap tertinggi itu."

Chalobah adalah bintang muda Inggeris terbaru yang muncul dari akademi Chelsea mengikuti jejak langkah Mason Mount, Reece James, Callum Hudson-Odoi dan Tammy Abraham yang menyertai Roma.

Pengarah Chelsea Marina Granovskaia berkata: "Melihat Trevoh menyertai ramai rakan graduan akademinya dalam pasukan utama adalah sesuatu yang amat kami banggakan sebagai sebuah kelab.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 10:26 AM