Pemain Man United, Bruno Fernandes (tengah) meraikan jaringannya ketika berdepan Leeds dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
Pemain Man United, Bruno Fernandes (tengah) meraikan jaringannya ketika berdepan Leeds dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
AFP

Manchester, United Kingdom: Bruno Fernandes meledak hatrik dan Paul Pogba menghasilkan empat bantuan gol ketika Manchester United menewaskan Leeds 5-1 di Old Trafford sebenar tadi, untuk memulakan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan cemerlang.

Di hadapan 73,000 penonton dengan jumlah terbesar di United Kingdom sejak Mac 2020, United beraksi cemerlang dengan dua bintang tengah mereka menyerlahkan harapan untuk mencabar kejuaraan liga yang pertama sejak Alex Ferguson bersara sebagai pengurus pada 2013.

Fernandes memastikan tuan rumah di depan pada babak pertama tetapi Leeds berjaya menyamakan kedudukan pada awal babak kedua menerusi rembatan menarik Luke Ayling.

Bagaimanapun dengan Pogba turut beraksi cemerlang, apabila pemain Perancis itu bergandingan dengan Mason Greenwood untuk menambah jaringan.

Diikuti gerakan Fernandes dan Fred, sementara Fernandes melengkapkan hatrik pertamanya buat United dengan bergaya selepas sejam perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 10:27 PM