Evening Standard

MANCHESTER United sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pakar penjaring gol Sporting Lisbon, Bruno Fernandes.

Ole Gunnar Solskjaer memberitahu Ed Woodward dia mahukan seorang pemain berkelas tinggi untuk mengisi bahagian tengah selepas Marouane Fellaini dijual pada Januari lalu.

Fernandes, pemain tengah dikenalpasti sebagai sasaran yang mampu menambah jaringan, kreativiti dan tenaga diperlukan oleh United untuk membantu Paul Pogba, Nemanja Matic dan Ander Herrera.

Trio terbabit menjadi tonggak penting kebangkitan skuad EPL itu di bawah kendalian Solskjaer.

Bagaimanapun, kekurangan ketajaman menembusi benteng lawan menjadi isu perlu diselesaikan segera.

Fernandes yang juga kapten Sporting turut berada dalam radar beberapa kelab besar Eropah.

Dia memiliki reputasi mahir melakukan sepakan percuma dan bijak meledak jaringan dari jarak jauh.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah menjaringkan 24 gol dan 14 bantuan musim ini hingga menarik minat United dalam apa dianggap sebagai perpindahan sibuk pada musim panas di Old Trafford.

Biarpun Solskjaer masih berstatus pengendali sementara tetapi sering menasihatkan Woodward mengenai strategi perpindahan pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 6:46 PM