FERNANDES (kiri) dan Ronaldo mempunyai hubungan yang baik. FOTO EPA
FERNANDES (kiri) dan Ronaldo mempunyai hubungan yang baik. FOTO EPA
Agensi

London: Bruno Fernandes semakin hampir bersetuju dengan lanjutan kontrak baharu selama lima tahun di Manchester United dengan gaji lebih £250,000 (RM1.43 juta) seminggu.

Bintang Portugal itu dikaitkan dengan lanjutan kontrak baharu sejak akhir-akhir ini dan semakin hampir untuk menurunkan tandatangannya.

Fernandes dipujuk untuk kekal selepas kelab berjaya mendapatkan rakan senegara, Cristiano Ronaldo selain pelaburan besar ketika jendela perpindahan pemain.

Pemain berusia 27 tahun itu yang menjadi sasaran Real Madrid dan Barcelona, akan memperoleh kenaikan gaji hampir £100,000 seminggu (RM573,000) menerusi kontrak baharu itu.

Difahamkan kontrak baharunya itu yang akan berlanjutan sehingga 2026 bakal diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Pemain tengah itu menjadi watak penting skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer dan sering bersuara di bilik persalinan.

Fernandes antara punca utama Ronaldo kembali ke Old Trafford selepas kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat.

Bagaimanapun gaji Fernandes masih kurang di belakang Ronaldo, David De Gea, Jadon Sancho, Raphael Varane dan Paul Pogba.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 11:20 AM