PENGADIL dari Uruguay,  Andres Cunha melayangkan kad merah kepada Jesus. FOTO AFP
PENGADIL dari Uruguay, Andres Cunha melayangkan kad merah kepada Jesus. FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Penyerang Brazil Gabriel Jesus terlepas aksi final Copa America menentang Argentina Ahad ini selepas digantung dua perlawanan oleh Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (Conmebol).

Bintang Manchester City itu dibuang padang selepas mengasari Eugenio Mena ketika Brazil menewaskan Chile pada aksi suku akhir Sabtu lalu.

Dia tidak beraksi ketika mereka mengatasi Peru 1-0 pada separuh akhir semalam tetapi dia kini turut terlepas final di Stadium Maracana.

Jesus turut didenda A$5,000 (RM20,791), menurut Conmebol.

TERJAHAN ala kungfu Jesus ke atas Mena yang menyebabkan dia menerima kad merah. FOTO AFP
TERJAHAN ala kungfu Jesus ke atas Mena yang menyebabkan dia menerima kad merah. FOTO AFP

Jesus, 24, dilayang kad merah pada minit ke-48, hanya dua minit selepas Lucas Paqueta meletakkan Selecao di depan ketika menentang Chile.

Paqueta turut meledak gol kemenangan ke atas Peru yang menyaksikan Everton masuk menggantikan Jesus.

Dua tahun lalu, Jesus menjaringkan satu gol dan mencipta bantuan jaringan ketika Brazil muncul juara dengan menewaskan Peru 3-1 tetapi dia turut dibuang padang susulan terjahan keras ke atas pemain lawan.

Dia satu-satunya pemain yang menerima kad merah dua kali ketika kendalian jurulatih Tite.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 12:20 PM