PERTEMBUNGAN dua gergasi dunia di separuh akhir Euro 2020. FOTO AFP
PERTEMBUNGAN dua gergasi dunia di separuh akhir Euro 2020. FOTO AFP
AFP

London: Keyakinan yang ada dalam diri Luis Enrique membawa Sepanyol ke separuh akhir Euro 2020 namun bekas pengendali Barcelona mempunyai misi tersendiri yang perlu dilunaskan apabila turun menentang Itali Rabu ini.

Kariernya di kejohanan utama cukup diingati antaranya kejadian di siku oleh Mauro Tassotti dengan darah mengalir dari hidungnya mengenai jersi Sepanyol yang dipakainya pada 1994.

Tassotti melarikan diri daripada kejadian itu tanpa dihukum - Sepanyol gagal menyempurnakan penalti dan membawa perlawanan berlarutan pada masa tambahan dengan Azzurri 2-1.

Namun semua berubah pada 2008, kemenangan kelapan ke atas Itali menerusi penentuan penalti membuka peluang buat skuad Luis Aragones menjuarai Kejuaraan Eropah.

Vicente del Bosque kemudiannya membawa skuad itu muncul juara Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Dalam tiga kejohanan utama sebelum ini, mereka gagal untuk mara ke suku akhir kerana barisan pemain gemilang sudah semakin berusia.

Luis Enrique memilih untuk mengetepikan kapten pasukan Sergio Ramos untuk Euro 2020 menamatkan pembabitan dalam skuad kebangsaan sejak 2008.

Tanpa Ramos atau mana-mana pemain Real Madrid buat pertama kali dalam skuad Sepanyol di kejohanan utama, akhbar di Madrid mendakwa La Furia Roja akan kekurangan kepimpinan.

"Saya adalah salah seorang ketua seperti jurulatih yang lain," kata Luis Enrique.

"Saya sentiasa mengatakan bahawa kami adalah satu dari lapan pasukan yang akan menang di Kejuaraan Eropah dan kini kami antara empat terbaik," kata Luis Enrique.

"Adalah tidak masuk akal bila berada di separuh akhir dan tidak memikirkan untuk melangkah lebih jauh. Itulah objektifnya.

Musuh yang cukup dikenali mereka itu akan menjadi penghalang di Wembley tapi menang atau kalah, Luis Enrique melakukannya dengan cara tersendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 9:50 AM