BERLAKU ketegangan ketika perlawanan Perancis menentang Switzerland yang menyaksikan Perancis terkeluar daripada saingan Euro 2020. FOTO Agensi
BERLAKU ketegangan ketika perlawanan Perancis menentang Switzerland yang menyaksikan Perancis terkeluar daripada saingan Euro 2020. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Paul Pogba dikatakan bertelingkah dengan rakan pasukan ketika Perancis terkeluar dari saingan Euro 2020 selepas tewas kepada Switzerland di pusingan kedua.

Pasukan pilihan itu dilihat berada di landasan yang tepat untuk mara ke suku akhir selepas Pogba meledakkan gol dari jarak jauh untuk menjadikan kedudukan 3-1 ketika itu.

Namun dua gol dari Switzerland membawa perlawanan hingga ke masa tambahan dan kemudiannya penentuan penalti yang mana kegagalan Kylian Mbappe menyempurnakan penalti itu menyebabkan Perancis terkeluar daripada saingan.

Menurut L'Equipe, Pogba terbabit dalam 'pertengkaran' dengan rakan pasukan, Adrien Rabiot apabila pemain tengah Manchester United itu dikritik oleh bek kanan Perancis, Benjamin Pavard kerana kurang bertahan menyebabkan Les Blues tewas.

"Mereka saling menghina satu sama lain. Pogba berada di tengah permainan. Berlaku pertengkaran dengan Rabiot. Ketika perlawanan, banyak perkara hebat dilakukan Pogba. Namun secara peribadi saya rasa dia akan berdepan dengan perkara yang buruk selepas Euro.

"Pavard ditegur oleh (Raphael) Varane. Dia (Pavard) kemudiannya membalas, 'kamu' betul tapi saya sendiri dan Pogba tidak peduli.' Varane kemudiannya pergi memaklumkan kepada Pogba, yang kemudiannya bertanya kepada Pavard adakah dia mempunyai masalah dengannya. Ini yang berlaku dalam perlawanan."

Turut didakwa ada ketegangan antara Pogba dan Deschamps, jurulatih Perancis yang menyaksikan Perancis terkeluar dari saingan biarpun mendahului dengan 3-1.

"Untuk sementara waktu terdapat ketegangan antara Paul Pogba dan jurulatih yang tidak begitu bersetuju dengan taktik," kata Tarrago.

"Deschamps meminta pasukan untuk mempertahankan kedudukan 3-1. Namun pemain tengah itu terus berusaha menyerang. Pendek kata ketegangan berlaku dari semua sudut pandangan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 7:53 AM