KAPTEN Austria, David Alaba meraikan kemenangan 1-0 ke atas Ukraine sekali gus mara ke pusingan kalah mati Euro 2020, hari ini. FOTO AFP
KAPTEN Austria, David Alaba meraikan kemenangan 1-0 ke atas Ukraine sekali gus mara ke pusingan kalah mati Euro 2020, hari ini. FOTO AFP
AFP

Bucharest: Jaringan Christoph Baumgartner pada babak pertama membawa Austria ke pusingan kalah mati Euro 2020 hasil kemenangan 1-0 ke atas Ukraine, hari ini sambil lawan mereka terpaksa menanti sama ada layak atau tersingkir.

Pemain tengah Hoffenheim, Baumgartner menyempurnakan sepakan sudut David Alaba pada minit ke-21 di Bucharest, pada ketika Austria memintas Ukraine di tempat kedua Kumpulan C di Belakang Belanda.

Austria akan menentang Itali di Wembley pada 26 Jun selepas melepasi peringkat kumpulan dalam kejohanan utama buat kali pertama sejak Piala Dunia 1982.

Ukraine yang tersingkir di peringkat kumpulan di dua Kejuaraan Eropah sebelum ini, terpaksa menunggu sama ada mampu layak sebagai satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.

Andriy Shevchenko menafikan anak buahnya bermain untuk seri pada ketika mereka hanya perlu seri untuk layak sebagai naib juara kumpulan, mengakhiri enam kekalahan berturut-turut dalam kejohanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Macedonia Utara.

Jurulatih Austria, Franco Foda menyenaraikan Marko Arnautovic selepas penyerang itu terlepas aksi ketika tewas 0-2 kepada Belanda kerana digantung satu perlawanan akibat menyerang pemain Macedonia Utara pada aksi pembukaan.

Memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan berikutnya, Austria mara selepas Baumgartner menewaskan pemain pertahanan berusia 18 tahun, Illia Zabarnyi hasil sepakan percuma Alaba.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 2:38 AM