SARRI menggantikan Inzaghi, yang berhijrah ke Inter Milan selepas lima tahun di Lazio. FOTO Agensi
SARRI menggantikan Inzaghi, yang berhijrah ke Inter Milan selepas lima tahun di Lazio. FOTO Agensi
AFP

Rom: Lazio mengumumkan secara sah bahawa mereka melantik bekas jurulatih Chelsea dan Juventus, Maurizio Sarri sebagai pengendali baru pasukan berkenaan.

"Maurizio Sarri adalah jurulatih baru," jelas kelab Serie A itu dalam media sosial.

Sebelum itu Lazio memuatnaik gambar di Twitter tangan sedang memegang rokok yanng menyala, sepasang pakaian trek sukan dan lukisan ringkas sebuah bank.

Sarri yang juga bekas jurulatih Napoli pernah bekerja di bank dan beliau adalah seorang perokok yang lebih selesa berpakaian trek sukan di tepi padang.

Media Itali melaporkan awal minggu ini bahawa kedua-dua pihak sudah bersetuju dengan kontrak dua tahun.

Lazio membuat pengumuman mengenai pelantikan itu dengan memuatnaik di Twitter sebelum berkongsi di laman sesawang.

"Sarrismo...konsep permainan bola sepak yang didukung oleh jurulatih Sarri berdasarkan kelajuan dan kecenderungan menyerang," kata Lazio.

Sarri menggantikan Simone Inzaghi, yang berhijrah ke Inter Milan selepas lima tahun di Lazio.

Setakat ini 12 pasukan sudah menukar jurulatih mereka kecuali AC Milan dan Atalanta dari 10 pasukan mengekalkan pengendali sedia ada.

Sarri, 62, menjadi terkenal dengan taktikal 'Sarriball' di Napoli dari 2015 hingga 2018.

Beliau menyertai Chelsea selama semusim dengan memenangi Liga Europa iaitu trofi pertamanya sebagai jurulatih sebelum berhijrah ke Juventus pada 2019.

I

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 11:16 AM