BARISAN pemain Atletico sedang menjalani latihan. FOTO EPA
BARISAN pemain Atletico sedang menjalani latihan. FOTO EPA
AFP

Madrid: Atletico Madrid di bawah bimbingan Diego Simeone hanya tinggal satu perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan La Liga.

Sekiranya berjaya menewaskan Real Valladolid tengah malam esok, Atletico akan dinobatkan selaku juara buat kali pertama sejak 2014 sekali gus menepis keraguan ramai terhadap mereka yang mengungguli liga sejak Disember tahun lalu.

Bagaimanapun Real Madrid sedia memberi saingan sehingga ke penghujung apabila hanya ketinggalan dua mata di belakang Atletico.

Real perlu melakar kemenangan di halaman sendiri apabila bertemu Villarreal namun situasi dilihat memihak kepada anak buah Zinedine Zidane kerana lawan mereka itu mungkin tidak akan menurunkan barisan pemain terbaik.

Meskipun menduduki tangga ketujuh liga, Villarreal masih mampu layak ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka menewaskan Manchester United pada final Piala Europa, empat hari selepas bertemu Real.

"Kami akan menumpukan kepada pertemuan dengan Manchester United," kata jurulatih Villarreal, Unai Emery.

Atletico pastinya mengharapkan kemenangan berbanding keputusan seri untuk mengesahkan kejuaraan liga.

Namun lawan mereka, Valladolid juga mahu mencatat keputusan yang baik bagi mengelak daripada tersingkir di saingan La Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 9:28 AM