DEMBELE (tengah) ketika di hari terakhir bulan Ramadan tahun lalu. FOTO Agensi
DEMBELE (tengah) ketika di hari terakhir bulan Ramadan tahun lalu. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Menyedari sekurang-kurangnya tiga pemain seniornya menyambut bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa, pengendali Barcelona, Ronald Koeman sangat mementingkan mengenai tahap kesihatan pemain berkenaan.

Ketiga-tiga pemain berkenaan ialah Ousmane Dembele, Miralem Pjanic dan Ilaix Moriba yang sama seperti umat Islam lain di seluruh dunia menyambut Ramadan selama 30 hari.

Koeman menitik berat soal kesihatan apabila bekerjasama dengan pakar nutrisi pasukannya, Tona Lizarraga dan tukang masak, Adria Ponce sepanjang bulan Ramadan.

Dembele mungkin berasa sedikit lega kerana rutin hariannya serta bersama rakan Muslim yang lain akan diubah kepada tahap minimum bagi memberi ruang kepada mereka untuk berpuasa.

Menerusi media sosial, Twitter, Presiden Barcelona, Joan Laporta juga menyatakan sokongan dan menghormati pemainnya yang menjalani ibadah puasa.

"Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua komuniti Islam. Saya berharap mereka menyambutnya dengan penuh ketenangan dan harmoni. Ramadan Mubarak!," kata Laporta.

Barcelona dilihat sudah biasa dengan sambutan Ramadan dalam kalangan pemain mereka apabila sebelum ini juga mereka mempunyai pemain beragama Islam.

Rustu Recber, Eric Abidal, Ibrahim Affelay, Yaya Toure, Arda Turan dan Seydou Kieta antara pemain beragama Islam yang sudah biasa menyambut Ramadan di kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 3:37 PM