RAPHINHA ketika beraksi bersama Leeds United menentang Fulham. -FOTO AFP
RAPHINHA ketika beraksi bersama Leeds United menentang Fulham. -FOTO AFP
Agensi

Madrid: Presiden Barcelona, Joan Laporta mengesakan bahawa kelab itu sudah berbincang dengan Leeds United mengenai Raphinha yang 'mahu datang' ke Camp Nou.

Pemain berusia 25 tahun itu kelihatan bersedia meninggalkan Leeds di tengah-tengah perebutan sengit mendapatkan khidmatnya dengan Chelsea dilaporkan turut membuat tawaran manakala Arsenal dikatakan menunjukkan minat.

Barcelona sudah lama dilihat sebagai pilihan biarpun wujud persoalan sama ada kelab itu mampu membeli pemain sayap itu kerana masalah kewangan mereka - biarpun mereka dirangsang oleh perjanjian TV minggu ini.

Laporta kini mengesahkan bahawa Raphinha sememangnya mahu berpindah ke Barcelona.

"Kami sudah bercakap dengan Leeds, saya tidak fikir mereka akan tersinggung. Kami sudah berbincang dan bercakap secara peribadi," katanya.

"Apa yang berlaku terdapat beberapa kelab lain yang mahukan Raphinha dan membuat membuat tawaran."

Laporta turut mengesahkan bahawa dua perjanjian akan disahkan secara rasmi minggu ini, Franck Kessie dan Andreas Christensen dengan perpindahan percuma berikutan tamatnya perjanjian mereka bersama dengan Milan dan Chelsea.

Dia berkata: "Kami akan memperkenalkan Kessie pada Rabu dan Christensen Khamis nanti."

Kelab juga akan mengumumkan kontrak baharu untuk Ousmane Dembele yang dilaporkan bersedia untuk menerima pengurangan gaji untuk kekal bersama pasukan Xavi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2022 @ 9:57 AM