Pemain Atletico Madrid, Yannick Carrasco (kiri) bersaing merebut bola dengan pertahanan Real Betis pada aksi La Liga. FOTO AFP
Pemain Atletico Madrid, Yannick Carrasco (kiri) bersaing merebut bola dengan pertahanan Real Betis pada aksi La Liga. FOTO AFP
AFP

Madrid: Atletico Madrid kembali ke puncak carta La Liga selepas mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Real Betis untuk mendahului satu mata daripada pencabar terdekat, Real Madrid.

Sekalipun kehilangan khidmat penyerang dan penjaring 19 gol, Luis Suarez, Atletico berada di depan hanya selepas lima minit permainan apabila pemain kebangsaan Belgium, Yannick Carrasco meledak gol.

Bagaimanapun, Betis yang berada di tangga keenam carta liga dan memburu tempat ke saingan bola sepak Eropah musim depan berjaya menyamakan kedudukan 15 minit kemudian.

Cristian Tello berada di kedudukan terbaik meledak gol dalam kawasan kotak penalti selepas menerima hantaran Alex Moreno.

Semalam, Real Madrid merampas kedududukan teratas dengan kemenangan Clasico 2-1 ke atas Barcelona.

Ia adalah kali pertama Atletico dinafikan kedudukan teratas liga sejak Disember apabila mereka berada pada kedudukan selesa mendahului 10 mata dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan pada permulaan sejak Februari.

Barcelona di tempat ketiga, dipisahkan dengan 65 mata.

Kedua-dua penjaga gol memainkan peranan baik untuk memastikan Atletico dan Betis berkongsi mata.

"Pada babak kedua kami berdepan kesukaran. Tapi saya mempunyai pemain yang memberikan aksi segalanya," kata Diego Simeone yang kehilangan khidmat Luis Suarez, Marcos Llorente, Moussa Dembele dan Geoffrey Kondogbia.

"Kami berada dalam fasa rintangan. Kekangan adalah perkataan yang saya lihat. Halangan seperti semua masyarakat dalam masa yang sukar ini."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 8:41 AM