Luis Suarez meledak dua gol ketika menentang Celta Vigo pada aksi La Liga di Wanda Metropolitano. FOTO Agensi
Luis Suarez meledak dua gol ketika menentang Celta Vigo pada aksi La Liga di Wanda Metropolitano. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Atletico Madrid terlepas peluang menjarakkan kedudukan selesa di La Liga buat pertama kali dalam sembilan perlawanan ketika Celta Vigo berjaya mengikat kedudukan seri, 2-2 pagi ini.

Keputusan itu sekali gus memberi ruang kepada Barcelona dan Real Madrid untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu.

Luis Suarez meledak dua gol di Wanda Metropolitano untuk memadam jaringan pembukaan Santi Mina buat Celta, ketika Atletico berada di landasan tepat untuk mendahului dengan 10 mata di puncak liga.

Bagaimanapun jaringan Facundo Ferreyra pada minit ke-89 membolehkan pelawat mencatat keputusan seri.

Ini bermakna kelebihan Atletico sehingga hujung minggu ini kepada lapan mata dengan kelebihan satu perlawanan.

"Kami bermain sangat bagus tetapi mereka mempunyai penyudah yang baik dan keputusan seri mungkin agak adil," kata Diego Simeone.

Atletico masih berada dalam kedudukan selesa selepas Madrid dan Barca menewaskan Huesca dan Real Betis baru-baru ini, bagaimanapun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada lawan.

Real Madrid mampu merapatkan kedudukan kepada lima mata jika mereka menang di laman sendiri ke atas Getafe awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2021 @ 8:43 AM