Pemain Sepanyol, Ferran Torres (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 pagi ini. FOTO AFP
Pemain Sepanyol, Ferran Torres (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 pagi ini. FOTO AFP
AFP

Seville: Sepanyol menewaskan Kosovo 3-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia pagi ini, dalam aksi yang dibayangi pertikaian diplomatik.

Gol sumbangan Dani Olmo, Ferran Torres dan pemain gantian pada babak kedua, Gerard Moreno meletakkan Sepanyol di kedudukan teratas Kumpulan B dalam pemburuan tempat ke pusingan akhir 2022 di Qatar.

"Sangat mudah beraksi dengan pemain seperti Dani Olmo," kata Torres.

Isu politik tercetus selepas Kosovo dilabel sebagai 'wilayah' oleh Persekutuan Bolasepak Sepanyol ketika ia menerangkan aksi perlawanan Sepanyol bagi peringkat kumpulan yang turut membabitkan Sweden, Greece dan Georgia.

Kosovo berada di ranking 117, sentiasa bergelut berdepan juara 2010 yang memastikan penguasaan mereka selepas mendahului dua gol pada babak pertama.

Pemain RB Leipzig, Olmo, yang menyelamatkan kemenangan lewat di Georgia baru-baru ini, membuka jaringan pada minit ke-34.

Seminit kemudian, bintang Manchester City, Torres meledak gol dari jarak dekat berpunca daripada hantaran Pedri untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Torres berpeluang menambah jaringan namun rembatannya tepat ke arah penjaga gol Samir Ujkani.

Sepanyol melakukan kesilapan dengan membenarkan jaringan pada minit ke-70 apabila pemain tengah Besar Halimi memastikan Kosovo kembali bersaing.

Halimi, 26, yang beraksi bersama kelab Divisyen dua Jerman dan mewakili Jerman di peringkat remaja, memanfaatkan peluang melakukan jaringan selepas kesilapan dilakukan Unai Simon.

Ia adalah jaringan pertamanya dalam pertandingan 2022.

Bagaimanapun beberapa minit kemudian, pemain gantian Moreno menjaringkan gol berpunca daripada sepakan sudut Koke untuk memastikan kedudukan selesa Sepanyol.

Pemain pertahanan veteran Sergio Ramos dibawa masuk dari bangku simpanan pada penghujung babak perlawanan untuk melengkapkan kap penampilan ke-180 buat dirinya.

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2022

Zon Eropah

Kumpulan B

Greece 1 (Kakabadze 76-gs) Georgia 1 (Kvaratskhelia 78)

Sepanyol 3 (Olmo 34, Torres 36, Moreno 75) Kosovo 1 (Halimi 70)

Kumpulan C

Lithuania 0 Itali 2 (Sensi 48, Immobile 90+4-pen)

Ireland Utara 0 Bulgaria 0

Kumpulan D

Bosnia Herzegovina 0 Perancis 1 (Griezmann 60)

Ukraine 1 (Yaremchuk 20) Kazakhstan 1 (Muzhikov 59)

Kumpulan F

Moldova 1 (Carp 29) Israel 4 (Zehavi 45+2, Solomon 57, Dabbur 64, Natcho 66)

Scotland 4 (McGinn 7, 53, Adams 60, Fraser 70) Kepulauan Faroe 0

Austria 0 Denmark 4 (Skov Olsen 58, 74, Maehle 63, Hojbjerg 67)

Kumpulan I

San Marino 0 Albania 2 (Manaj 63, Uzuni 85)

Andorra 1 (Pujol 90+3-pen) Hungary 4 (Fiola 45+2, Gazdag 51, Laszlo 58, Nego 90)

England 2 (Kane 19-pen, Maguire 85) Poland 1 (Moder 58)

Kumpulan J

Jerman 1 (Gundogan 63-pen) Macedonia Utara 2 (Pandev 45+2, Elmas 85)

Armenia 3 (Spertsyan 56, Haroyan 87, Barseghyan 89-pen) Romania 2 (Cicaldau 62, 72)

Liechtenstein 1 (Frick 79) Iceland 4 (Saevarsson 12, Bjarnason 45+1, Palsson 77, Sigurjonsson 90+4-pen)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 8:01 AM