MARTIAL meledak dua gol ketika United membelasah Soutampton 9-0 awal pagi tadi. FOTO AFP
MARTIAL meledak dua gol ketika United membelasah Soutampton 9-0 awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

Manchester: Pengurus Manchester, Ole Gunnar Solskjaer kenangan buruk perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2011/12 yang menyaksikan Manchester City juara disebabkan perbezaan jaringan menyebabkan mereka mempunyai sebab untuk tidak menunjukkan belas kasihan.

United menyamai rekod kemenangan terbesar EPL selepas membelasah Southampton yang beraksi dengan sembilan pemain 9-0 bagi berkongsi mata dengan City yang berada di tangga teratas liga.

"Kami sangat mengetahui apa kesannya perbezaan jaringan berbanding pasukan lain kerana kami pernah kehilangan kejuaraan liga disebabkan perkara itu.

Solskjaer meminta rangkaian serangannya lebih tajam selepas beberapa kali terlepas peluang sehingga menyebabkan tumpas mengejut 1-2 kepada Sheffield United dan seri tanpa jaringan berdepan Arsenal minggu lalu.

Marcus Rashford, Anthony Martial dan Bruno Fernandes dilihat ketandusan jaringan pada 2021 namun Solskjaer berharap anak buahnya itu meraih semula keyakinan ketika menuju ke separuh kedua saingan liga.

"Kami menanti mereka untuk mempamerkan sentuhan magis dan ini adalah malam yang membolehkan mereka meraikannya. Kami sebenarnya sudah lama tidak berasa kurang tertekan pada separuh masa kedua.

Pasukan pelawat dihukum seawal minit kedua selepas Alexandre Jankewitz dilayangkan kad merah dalam penampilan pertamanya di EPL

Aaron Wan-Bissaka, Rashford, Edinson Cavani Jan dan gol sendiri Jan Bednarek membolehkann mereka mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Martial yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan dua gol, manakala Scott McTominay, Fernandes dan Daniel James juga menemui sentuhan jaringan sebelum Bednarek diperintah keluar pada pada hujung saingan.

The Saints mengalami kekalahan dengan jaringan sama pada dua musim berturut-turut apabila sebelum ini mereka dikalahkan Leicester dengan jaringan sama, manakala United pula mengulangi rekod yang dicatatkan pada 1995 ketika menumpaskan Ipswich.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2021 @ 10:28 AM