LAMPARD dalam tekanan selepas empat kekalahan liga. FOTO AFP
LAMPARD dalam tekanan selepas empat kekalahan liga. FOTO AFP
AFP

London: Frank Lampard menegaskan pemain Chelsea tidak akan menyalahkannya selepas aksi longlai yang mengancam mereka musim ini.

Lampard yang juga pengurus Chelsea itu berdepan tekanan selepas empat kekalahan dari enam perlawanan Liga Perdana yang menyaksikan Blues kini di kedudukan kesembilan liga.

Lampard sudah berbincang dengan pasukannya berkali-kali untuk mencari formula kemenangan dan beliau tahu sukar untuk terus membuatkan kesemua pemainnya gembira.

Pengendali berusia 42 tahun itu menjangkakan pemain yang tidak dapat bersama skuadnya pasti kecewa tapi dia percaya mereka akan membuktikan kemampuan di atas padang berbanding mengkritik bos dari belakang.

"Pengalaman berada dalam skuad ini, saya boleh katakan dengan jelas adakalanya apa yang dikatakan pemain akan didengar di dalam dunia luar dan apa yang berlaku di dalamnya adalah tidak sama," kata Lampard.

"Saya benci mengaitkan perkara lama ketika saya bersama kelab kerana semua akan menjadi bosan dengannya terutama pemain.

"Kami kini jauh daripada gelaran untuk menang kejuaraan untuk tempoh beberapa tahun.

"Apabila anda cuba membentuk semua pasukan, anda akan mencari sesuatu bagi membantu skuad ini meningkat. Apabila ia sedang membangun ia adalah waktu yang sukar. Mereka perlu melaluinya.

"Pemain perlu melakukannya. Saya melihat dengan rapat pemain, sama seperti saya melihat diri sendiri kerana pemain akan melakukannya di padang tetapi saya sentiasa di depan."

Chelsea akan berdepan Morecambe pada pusingan ketiga Piala FA esok dalam usaha mencari semula prestasi selepas kekalahan 3-1 berdepan Manchester City minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 9:34 AM