Jorginho menjaringkan gol penyamaan Chelsea menentang Krasnodar. FOTO AFP
Jorginho menjaringkan gol penyamaan Chelsea menentang Krasnodar. FOTO AFP
AFP

London: Frank Lampard memuji kemajuan dipamerkan Chelsea selepas penalti Jorginho menyelamatkan mereka untuk keputusan 1-1 menentang Krasnodar pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara, pagi ini.

Skuad kendalian Lampard sudah layak ke kelompok 16 terakhir sebagai juara kumpulan selepas menewaskan Sevilla 4-0 minggu lalu.

Begitupun, mereka tidak mahu mengakhiri saingan kumpulan dengan tewas kepada wakil Rusia itu yang mendahului permainan menerusi Remy Cabella pada babak pertama di Stamford Bridge.

Lampard melakukan 10 pertukaran daripada pasukan yang menang ke atas Leeds dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.

Jorginho memastikan skuad di bawah kemampuan sebenar Chelsea tidak tewas apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti sejurus selepas gol pembukaan Krasnodar.

Chelsea belum tewas dalam 14 perlawanan semua pertandingan dan di landasan terbaik untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-Juara buat kali kedua.

"Saya suka disiplin pasukan. Saya amat gembira. Kami mahu menang tetapi ia tidak berlaku." kata Lampard.

"Semua bermain bagus. Tidak ada persembahan luar biasa tetapi apabila diminta pemain tampil profesional dan mereka melakukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 8:02 AM