REAKSI Mahrez selepas menjaringkan gol. FOTO AFP
REAKSI Mahrez selepas menjaringkan gol. FOTO AFP
AFP

Manchester: Pep Guardiola berkata barisan penyerangnya perlu menjaringkan lebih banyak gol selepas menamatkan kemarau jaringan dengan membelasah Burnley 5-0 untuk bangkit menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana.

Riyad Mahrez meledak hatrik manakala Benjamin Mendy dan Ferran Torres masing-masing menjaringkan gol pertama di saingan liga dengan City kini ketinggalan enam mata di belakang Liverpool selaku pendahulu namun masih kurang satu perlawanan.

Skuad bimbingan Guardiola hanya menjaringkan tujuh gol daripada tujuh perlawanan liga sebelum ini dan terperosok di tangga ke-14 sebelum perlawanan itu.

"Kami perlu menjaringkan gol. Sebab itulah mereka berada di sini dan beraksi di bahagian serangan.

"Terutamanya untuk Riyad. Gabriel (Jesus) perlu jaringkan gol, (Raheem) Sterling juga apabila beraksi perlu jaringkan gol.

"Apa yang penting ketika ini adalah kami mempunyai hampir 21 pemain cergas sepenuhnya," katanya.

Mahrez antara salah seorang daripada empat pemain yang Guardiola lakukan pertukaran berbanding skuad yang mencatatatkan kemenangan 1-0 ke atas Olympiakos sekali gus melayakkan City ke pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 8:33 AM