Pemain Belgium, Kevin De Bruyne. FOTO AFP
Pemain Belgium, Kevin De Bruyne. FOTO AFP
Agensi

Leuven, Belgium: Kevin De Bruyne berkata Belgium perlu beraksi lebih berani menguasai bola selepas mencatat kemenangan 4-2 ke atas Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, pagi ini.

Skuad kendalian Roberto Martinez itu berjaya mendapatkan tiga mata penting di Leuven untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir tahun depan.

Youri Tielemans meletakkan Belgium di depan tetapi Jonas Wind menyamakan kedudukan dan Martin Braithwaite sepatutnya menjaringkan gol pendahuluan buat Denmark, yang jelas pasukan lebih baik dalam separuh masa pertama.

Belgium mula menguasai permainan selepas rehat separuh masa ketika Romelu Lukaku meledak dua gol dan De Bruyne menghasilkan gol keempat pada lewat permainan selepas penjaga gawang, Thibaut Courtois, melepaskan hantaran Nacer Chadli ke gawang sendiri.

De Bruyne berasakan skuadnya perlu lebih berani ketika menguasai bola untuk mengancam ke gawang Denmark yang dikawal Kasper Schmeichel.

"Kami perlu menawarkan lebih pilihan dan mencuba untuk bermain dari bawah, seperti yang kami lakukan dalam babak kedua.

"Ia bukan mengenai mengubahnya pada separuh masa, ia tentang keberanian untuk menguasai bola. Terdapat risiko tetapi ia bukanlah sesuatu yang buruk." kata bintang Manchester City itu.

"Amat memalukan kami dibolosi dengan gol mudah, yang kerap terjadi dalam kempen kami tetapi kami layak menang."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 1:29 PM