RONALDO menarik minat banyak kelab gergasi. FOTO AFP
RONALDO menarik minat banyak kelab gergasi. FOTO AFP
Agensi

Paris: Paris Saint-Germain (PSG) membuka pintu kepada Cristiano Ronaldo untuk berhijrah ke kelab gergasi itu.

Pemain sayap Juventus itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab berkenaan yang berbelanja besar dan juga juara bertahan Ligue 1.

Pengarah sukan, Leonardo percaya PSG adalah salah satu pasukan yang mempunyai keupayaan untuk mendapatkan bintang Portugal itu.

Dia memberitahu PSGTV: "Hari ini di dalam bola sepak kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Mungkin esok Cristiano Ronaldo bangun dan berkata mahu bermain di mana-mana kelab yang disukainya.

"Siapa yang mampu membelinya? Ia dalam lingkungan yang tertutup.

"PSG berada dalam lingkungan itu. Kebiasaannya ia berkaitan dengan peluang dan situasi semasa.

"Apabila tiba jendela perpindahan pemain, kami perlu bersedia dan itulah yang kami lakukan. Kami mempunyai beberapa keutamaan yang sudah disenaraikan, tetapi sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 10:38 PM