Letshanaa tewaskan pemain Mesir untuk mara ke pusingan 16 terbaik. -FOTO Bernama
Letshanaa tewaskan pemain Mesir untuk mara ke pusingan 16 terbaik. -FOTO Bernama
Amirul Fazli Zulkafli

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan Wanita negara, K Letshanaa meneruskan perjuangan ke pusingan 16 terbaik Kejohanan Badminton KL Masters Super 100 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Letshanaa turun selaku pilihan keenam tiada masalah menundukkan lawan dari Mesir, Nour Ahmed Youssri 21-17, 21-13 dan akan bertemu Hung Yi Ting dari Taiwan esok.

Seorang lagi pemain perseorangan wanita, Wong Ling Ching mengejutkan pilihan ketujuh kejohanan, Chiu Pin Chan dari Taiwan juga 24-22, 21-16.

Sementara pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao tiada masalah untuk ke pusingan seterusnya apabila menundukkan lawan dari Korea Selatan, Pyeong Gang Choi, 21-13, 21-14.

Menanti Jun Hao nanti adalah rakan senegara sama ada Eogene Ewe Eon atau Lee Shun Yang.

Bagi beregu campuran, Chan Peng Soon- Cheah Yee See mudah ke pusingan seterusnya dan akan bertemu wakil dari Hong Kong, Chun Wai Lui-Chi Yan Fu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2023 @ 7:52 PM