EE Yi (kiri) dan Yew Sin kalah kepada wakil tuan rumah Astrup-Rasmussen. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
EE Yi (kiri) dan Yew Sin kalah kepada wakil tuan rumah Astrup-Rasmussen. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Hasrat untuk melihat beregu lelaki negara berjumpa sesama sendiri di separuh akhir tidak kesampaian apabila Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada wakil tuan rumah, Kim Astrup- Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set, 19-21, 21-11, 14-21 di Terbuka Denmark.

Jika menang, mereka akan bertemu Aaron Chia-Soh Wooi Yik namun Impian itu tidak menjadi buat peminat badminton Malaysia.

Ketika di suku akhir, Yew Sin-Ee Yi bermain sangat baik sehingga hampir memenangi set pertama apabila sudah berada berada di mata ke-19 namun Astrup-Rasmussen bangkit untuk memenangi 19-21.

Di set kedua, beregu negara itu memperkemaskan permainan serta kurang melakukan kesilapan untuk menang 21-11 sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

Bagai tidak menjadi buat beregu negara yang yang berada di ranking kesembilan dunia itu apabila pada awal memberi saingan namun kesilapan mudah membuka ruang kepada pasangan Denmark itu untuk menang 14-21 sekali gus ke pusingan seterusnya.

Biarpun tewas, pujian harus diberikan kepada beregu muda negara ini apabila mereka berjaya mara ke suku akhir dan memaksa lawan bertarung dalam set set.

Minggu lalu, Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir Terbuka Arctic selepas tewas kepada pasangan China dalam pertarungan tiga set.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2023 @ 3:50 PM