AARON Chia dan Wooi Yik atasi cabaran beregu China. FOTO Badminton Photo
AARON Chia dan Wooi Yik atasi cabaran beregu China. FOTO Badminton Photo
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura selepas menewaskan wakil China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong.

Aaron-Wooi Yik mengambil masa 37 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-17 di Stadium Tertutup Singapura.

Menanti pasangan beregu lelaki nombor satu negara itu di pusingan kedua ialah pemenang di antara Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia dan gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Di Masters Malaysia bulan lalu, Aaron-Wooi Yik beraksi sehingga suku akhir sebelum tumpas kepada satu lagi pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Turut mara hari ini adalah Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang meraih kemenangan percuma selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin menarik diri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 8:37 PM