ANTARA aksi Zii Jia hari ini. FOTO Reuters
ANTARA aksi Zii Jia hari ini. FOTO Reuters
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Hasrat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk mara ke perlawanan akhir kejohanan Seluruh England 2023 tidak kesampaian selepas tewas di tangan Shi Yuqi dari China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu, Zii Jia terpaksa akur apabila tewas 19-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit.

Kemenangan menyaksikan Yuqi yang juga juara edisi 2018 akan membuat perhitungan dengan pemenang perlawanan antara rakan senegaranya, Li Shi Feng yang menentang Anders Antonsen dari Denmark dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Selepas ini, Zii Jia dijadual beraksi pada saingan Terbuka Switzerland yang bermula Selasa ini dengan dia akan membuka tirai kempen Shi Feng di pusingan pertama kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 11:39 PM