MOMOTA kecewa selepas tersingkir di Kejohanan Dunia. FOTO EPA
MOMOTA kecewa selepas tersingkir di Kejohanan Dunia. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Bintang badminton Jepun, Kento Momota memberi alasan takut melakukan kesilapan mengganggu semangatnya sehingga tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Dunia apabila tumpas 17-21, 16-21 kepada wakil India, HS Prannoy.

Pilihan kedua itu, yang kariernya merudum sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya lebih dua tahun lalu sehingga mengalami kecederaan, akur dengan satu lagi persembahan longlai di laman sendiri di Tokyo.

Momota pernah menjadi pemain yang sukar dikalahkan namun dia kelihatan seperti bukan pemain dengan rekod 11 gelaran pada 2019.

"Saya sangat takut melakukan kesilapan sehingga saya seperti mengecil dalam diri saya sendiri dan saya fikir itulah sebabnya saya kalah.

"Saya sedar akan perkara itu pada pertengahan perlawanan, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk memperbaikinya. Saya lemah semangat dan itu sangat mengecewakan," kata pemain berusia 27 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 10:28 PM