SEBANYAK 15 kes positif Covid-19 dicatatkan di ABM setakat ini. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
SEBANYAK 15 kes positif Covid-19 dicatatkan di ABM setakat ini. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan satu lagi pertambahan kes Covid-19 membabitkan pemain badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Jumlah itu menjadikan pemain yang didapati positif Covid-19 meningkat kepada 15 pemain selepas 14 kes dilaporkan sebelum ini.

BAM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan perkara itu selepas menerima keputusan ujian calitan kali ketiga membabitkan 91 pemain yang dilakukan di ABM semalam.

"Semua pemain dan pegawai yang berada di ABM diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

"BAM akan terus bekerjasama bersama KKM dan mengikuti segala garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi menjaga kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua pemain yang berada di pusat latihan badminton kebangsaan.

"Kami di persatuan mendoakan semua pemain cepat sembuh," kata kenyataan itu.

Untuk rekod enam kes dicatatkan pada 17 April lalu dan lapan lagi kes direkodkan pada Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 April 2021 @ 5:07 PM