KOEMAN gembira mendengar Messi mahu menamatkan perbalahan bersama kelab. FOTO AFP
KOEMAN gembira mendengar Messi mahu menamatkan perbalahan bersama kelab. FOTO AFP
AFP

Madrid: Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman berkata kebahagiaan Lionel Messi bukan terletak di tangannya namun mengakui gembira mendengar bintang Argentina itu berkata mahu menamatkan perbalahan bersama kelab.

Koeman turut mengesahkan pertahanan Ajax, Sergino Dest hampir pasti menyertai Barcelona dengan pemain berusia 19 tahun itu akan melakukan ujian perubatan sebelum melengkapkan perpindahan.

Kehadiran Dest akan meneruskan situasi tidak menentu di Barcelona yang membenarkan Luis Suarez, Ivan Rakitic, Arturo Vidal dan Nelson Semedo meninggalkan kelab itu untuk mengedahkan bajet dan membentuk pasukan baharu.

Messi dipaksa untuk kekal dan kemudian meluahkan kekecewaannya terhadap cara Suarez dipaksa meninggalkan kelab itu untuk berhijrah ke Atletico Madrid namun menerusi temuramah terbaharu dengan Diario Sport, bintang berusia 33 tahun itu mahu menamatkan perbalahan bersama kelab.

"Saya tidak pasti selepas kenyataan Messi itu saya akan berdiam diri sebagai jurulatih Barcelona.

"Saya tidak rasa begitu, tetapi ia adalah situasi yang positif mendengar kapten pasukan mahu kami terus bersatu," katanya.

Koeman kemudian ditanya sama ada beliau berasakan Messi gembira di Barcelona.

"Saya tak tahu sama ada mempunyai kemampuan itu. Sebagai jurulatih, saya perlu mempersiapkan pasukan ditahap terbaik untuk membolehkan pemain sepertinya terus menyinar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 9:34 PM