BARCELONA juara Piala Raja Sepanyol. FOTO AFP
BARCELONA juara Piala Raja Sepanyol. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi meledakkan dua gol untuk membantu Barcelona menewaskan Athletic Bilbao 4-0 untuk menjuarai Piala Raja Sepanyol.

Messi mempamerkan aksi terbaiknya termasuk gerakan solo untuk gol pertama dan ketiga Barca.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada trofi ketujuh Piala Raja Sepanyol itu adalah trofi terakhir bagi pemain berusia 33 tahun itu bersama Barcelona

Dengan kehadiran presiden kelab baru itu, Joan Laporta, gelaran pertama Ronald Koeman sebagai jurulatih seharusnya dapat mengukuhkan peluangnya untuk terus membimbing pasukan itu bagi musim panas akan datang.

"Untuk memenangi gelaran adalah penting buat saya," kata Koeman.

Namun Laporta kelihatan mengelak ketika ditanya mengenai masa depan Koeman.

"Dia melakukan tugas dengan baik," kata Laporta.

Koeman mengambil alih pasukan ketika mereka dalam keadaan genting, tewas kepada Bayern Munich dan keinginan Messi meninggalkan kelab secara percuma.

Namun kejayaan meraih Piala Raja Sepanyol ke-31 itu membuktikan kemampuan yang boleh dicapai dan Koeman berharap ia bukan saja dapat membantu meyakinkan Messi untuk terus bertahan tapi memberi rentak kepada Barca dalam perebutan gelaran juara La Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 8:45 AM