NADAL mara ke suku akhir Terbuka Perancis selepas mengetepikan Sinner. FOTO AFP
NADAL mara ke suku akhir Terbuka Perancis selepas mengetepikan Sinner. FOTO AFP
AFP

Paris: Rafael Nadal mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-15 dan berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan berkenaan buat kali ke-14 dan mencipta rekod meraih 21 kejuaraan Grand Slam.

Pilihan ketiga kejohanan itu mengalahkan pemain berusia 19 tahun Jannik Sinner dan akan berdepan Diego Schwartzman dari Argentina yang mengalahkannya di separuh akhir tahun lalu.

Nadal sekarang ini sudah meraih 104 kemenangan di Roland Garros dengan hanya dua kekalahan sejak membuat penampilan pertama pada 2005.

Walaupun beraksi di bawah pancaran matahari dan suhu 24 darjah selsius, Nadal agak terganggu dengan lampu limpah di Court Philippe Chatrier.

"Saya tidak tahu kenapa mereka membuka lampu terlalu awal. Kami beraksi di sini tampa cahaya lampu di Roland Garros sudah sekian lama.

"Pada pukul 4 atau 5 petang kami beraksi sehingga 9 malam tanpa cahaya lampu. Mereka berkata kerana siaran televisyen tapi sebelum ini juga ada kamera televisyen sebelum lampu dinyalakan.

"Saya melihat beberapa perlawanan di sini dan dari kualiti televisyen semunya kelihatan sempurna tanpa cahaya lampu.

Pemain berusia 35 tahun dari Sepanyol itu dijangka berdepan Novak Djokovic di separuh akhir.

Djokovic yang juga pemain nombor satu dunia menumpaskan rakan senegara Sinner, Lorenzo Musetti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 2:42 PM