JARINGAN tunggal Mbappe (kiri) bantu Perancis kalahkan Sweden. FOTO AFP
JARINGAN tunggal Mbappe (kiri) bantu Perancis kalahkan Sweden. FOTO AFP
AFP

KYLIAN Mbappe berjaya menyempurnakan satu-satunya percubaan tepat Perancis untuk membantu juara Piala Dunia itu mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Sweden dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA.

Mbappe membawa bola dari sebelah kiri sebelum melepasi dua pertahanan lawan, menanti penjaga gol Robin Olsen terjatuh dan kemudian melakukan sepakan lambung dari sudut sukar untuk gol tunggal perlawanan pembukaan Kumpulan 3.

"Ia perlawanan yang menunjukkan kesungguhan pemain, bukan perlawanan yang hebat. Perlawanan permulaan yang bagus, melihat kepada tahap kecergasan pemain," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Mbappe sendiri mengakui bahawa faktor kecergasan harus diambil kira selepas ia diganggu dengan penularan Covid-19.

"Kami semua tidak berada pada tahap kecergasan yang sama," kata Mbappe menerangkan mengenai kekurangan dalam perlawanan itu.

Antoine Griezmann mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti selepas Anthony Martial dijatuhkan, tetapi sepakan penyerang Barcelona itu tersasar.

Perancis akan berdepan Croatia - ulangan final Piala Dunia 2018 - di Stade de France pada Selasa, depan manakala Sweden akan bertemu juara bertahan Portugal di Solna

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 11:59 AM