DA Syla ledak dua gol bantu TFC benam PJ City 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya sebentar tadi. FOTO ASYRAF HAMZAH
DA Syla ledak dua gol bantu TFC benam PJ City 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya sebentar tadi. FOTO ASYRAF HAMZAH
Firdaus Hashim


PASUKAN Terengganu FC (TFC) menyambung kempen Liga Super dengan langkah kanan selepas menundukkan Petaling Jaya City (PJ City) 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini, malam tadi.

Ayam tambatan skuad penyu, Dominique Da Sylva menjadi duri dalam daging buat PJ City yang gagal mengekang gerakannya sepanjang 90 minit aksi itu.

Da Sylva meledak kedua-dua gol di setiap babak sekali gus mengecewakan kem tuan rumah yang turut mengidamkan tiga mata penuh selepas Liga Malaysia (Liga-M) bersambung semula yang ditangguhkan pada Mac lalu ekoran pandemik Covid-19.

Malah, dua gol itu juga meletakkan penyerang kelahiran Mauritania itu mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan enam gol selepas empat aksi liga.

Kemenangan Terengganu FC itu berjaya mengubah kedudukan skuad kendalian Nafuzi Zain untuk naik lima anak tangga berada di tempat ketiga dengan tujuh mata.

Sementara PJ City pula kekal di tangga ke-10 dengan empat mata.

Seterusnya aksi Liga Malaysia akan bersambung hujung minggu depan dengan membabitkan enam aksi Liga Super dan enam perlawanan Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 11:35 PM