KOVAC mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Monaco. FOTO AFP
KOVAC mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Monaco. FOTO AFP
AFP

MONACO melantik Niko Kovac sebagai pengurus baru mereka semalam dan bekas pengendali Bayern Munich berkenaan menggantikan Robert Moreno, jelas kelab Ligue 1 itu.

Bekas pemain antarabangsa Croatia berusia 48 tahun itu menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan mempunyai pilihan untuk menyambung pada tahun berikutnya selepas pasukan berkenaan dalam usaha mempertingkatkan prestasi mereka.

Kovac tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas dipecat Bayern November lalu, sebulan selepas membantu gergasi Bundesliga itu merangkul kejuaraan berganda.

"Niko Kovac akan mengendalikan sesi latihan pertama Isnin ini (hari ini)," jelas kelab berkenaan.

Moreno, jurulatih kelahiran Sepanyol, 42, dilepaskan Monaco Sabtu lalu selepas enam bulan memegang jawatan berkenaan.

Beliau dilantik Disember lalu selepas Leonardo Jardim diketepikan Monaco buat kali kedua dalam tempoh setahun.

Monaco menamatkan saingan di tangga kesembilan Ligue 1, gagal untuk mara ke saingan Eropah tatkala kempen liga di Perancis ditangguhkan pada Mac dan diumumkan berakhir akibat Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 1:28 PM