Nemanja Matic.
Nemanja Matic.
Agensi

NEMANJA Matic memberi amaran buat bekas kelabnya, Chelsea dan pesaing terdekat bagi kelompok empat teratas, Leicester City bahawa Manchester United masih berpeluang mengubah nasib beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Pemain kebangsaan Serbia itu beraksi 90 minit masa penuh permainan disamping Paul Pogba dan Bruno Fernandes di barisan tengah ketika United terlepas peluang untuk merampas kedudukan di tempat ketiga dalam Liga Perdana, semalam.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 ke atas Southampton. United bangkit dari ketinggalan menerusi gol pantas Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Namun pemain gantian Saints, Michael Obafemi meledak gol pada minit kecederaan untuk berkongsi mata sekali gus menafikan peluang United berada dalam kelompok empat teratas liga.

Matic mengakui United tidak boleh selesa dengan keputusan seri yang mampu memusnahkan impian mereka.

Bercakap di MUTV Matic memberitahu : "Kami harus bangkit. Kami mempunyai tiga lagi baki perlawanan. Seterusnya pertemuan berdepan Crystal Palace (pagi Jumaat). Jika menang tiga perlawanan terakhir kami, kami berjaya ke Liga Juara-Juara.

"Kami harus kekal positif dan terus bekerja seperti sekarang ini. Semua bergantung kepada kami. Kami harus bangkit dengan segera.

"Kami mempunyai satu lagi perlawanan berdepan antara pasukan terbaik sekali lagi, jadi kami harus berusaha melakukan segalanya kerana kami mahu beraksi di Liga Juara-Juara musim depan." kata Matic.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 10:03 AM