Khabib (kanan) bersama bapanya, Abdulmanap. FOTO File Agensi
Khabib (kanan) bersama bapanya, Abdulmanap. FOTO File Agensi
Agensi

ABDULMANAP bapa kepada bintang UFC, Khabib Nurmagomedov meninggal dunia di hospital selepas dilaporkan mengalami komplikasi akibat Covid-19.

Jurulatih legenda itu menjalani rawatan di hospital Moscow lebih seminggu berikutan mengalami serangan jantung selepas disahkan menghidapi virus pandemik berkenaan.

Kematiannya dimaklumkan oleh pemimpin Cechen, Ramzan Kadyrov seperti dilaporkan oleh RT, yang memberitahu : "Saya menerima berita sedih, rakan, iaitu Abdulmanap Nurmagomedov sudah meninggal dunia.

Rakan rapat kepada keluarga itu Ramazan Rabadanov memberitahu : "Abdulmanap mengalami dua masalah serius membabitkan jantung dan otak.

"Mereka berjaya merawat jantungnya tetapi tidak otaknya jadi dia tidak sedar dari koma.

"Keadaan itu terlalu serius, ia sudah terlambat. Doktor melakukan segalanya yang termampu, keadaannya terlalu serius."

Abdulmanap sangat rapat dengan Khabib, yang dilatih dalam sambo dan tinju sejak juara lightweight UFC itu kanak-kanak lagi.

Khabib sebelum ini mendedahkan dia kerap melawat bapanya di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 10:15 PM