SANCHEZ (dua kanan) menerima cabaran daripada pasukan lawan. FOTO NSTP
SANCHEZ (dua kanan) menerima cabaran daripada pasukan lawan. FOTO NSTP
AFP

ALEXIS Sanchez menyempurnakan sepakan penalti dan menjadi arkitek kepada dua gol lagi ketika Inter Milan membelasah pasukan bergelut di zon penyingkiran Serie A, Brescia 6-0.

Sanchez mengumpan cantik kepada Ashley Young untuk gol voli buat Inter di San Siro selepas lima minit permainan dan penyerang Chile itu menyempurnakan penalti untuk gol kedua selepas Victor Moses dikasari.

Danilo D'Ambrosio menyumbang gol ketika sebelum berakhir babak pertama berpunca daripada hantaran lintang Young manakala Roberto Gagliardini meledak gol keempat minit ke-53.

Christian Eriksen menjaringkan gol pertamanya di Serie A sejak berhijrah Januari lalu dari Tottenham selepas Jesse Joronen menyelamatkan cubaan Romelu Lukaku.

Antonio Candreva melengkapkan penguasaan dua minit sebelum tamat dengan sepakan leret ke penjuru.

"Kami meneruskan rentak cemerlang dan apabila kami tidak melepaskan gol ia adalah petanda positif.

"Sanchez kini mula menemui sentuhan, walaupun dia bukan Sanchez yang saya kagumi ketika di England.

"Apa yang saya boleh katakan, dia berada di landasan yang betul dan memberikan persembahan hebat hari ini," kata jurulatih Inter, Antonio Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 2:16 PM