PEMAIN Inter Milan bergembira selepas tamat perlawanan di Dusseldorf. FOTO AFP
PEMAIN Inter Milan bergembira selepas tamat perlawanan di Dusseldorf. FOTO AFP
AFP

LAUTARO Martinez dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol ketika membantu Inter Milan mara ke final Eropah kali pertama dalam tempoh 10 tahun selepas membelasah Shakhtar Donetsk 5-0 dalam perlawanan di Dusseldorf, awal pagi tadi.

Danilo D'Ambrosio turut menemui sasaran bagi membolehkan skuad Antonio Conte menentang Sevilla pada final Liga Europa di Cologne, Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 6:45 AM