Inzaghi memberi arahan kepada pemain. FOTO Agensi
Inzaghi memberi arahan kepada pemain. FOTO Agensi
Agensi

BENEVENTO yang dilatih oleh bekas penyerang AC Milan dan Juventus, Filippo Inzaghi, melayakkan diri ke Serie A musim depan.

Ia kejayaan kali kedua dalam sejarah kelab itu meskipun masih berbaki tujuh perlawanan liga.

Bekas penyerang Cagliari, Marco Sau, masuk dari bangku pemain simpanan untuk menjaringkan gol tunggal, yang memberikan kemenangan 1-0 buat Benevento ke atas Juve Stabia, sekali gus mengesahkan kejuaraan Serie B.

Kelab dari selatan Itali itu mendahului selesa 24 mata di puncak liga dengan dua pasukan teratas layak secara automatik ke saingan Serie A.

Skuad kendalian Inzaghi hanya tewas sekali dalam saingan Serie B musim ini.

Benevento sebelum ini beraksi di liga utama pada kempen 2017-18, apabila mereka mencatat rekod tanpa kalah dalam permulaan kempen di salah satu daripada lima liga utama terbaik di Eropah, sebelum tumpas 14 kali.

Bekas ketua jurulatih Milan dan Bologna, Inzaghi, mengambil alih pasukan itu tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 10:16 AM