Penyerang Belgium dan Inter Milan, Romelu Lukaku muncul penjaring terbanyak bagi kelabnya. FOTO AFP
Penyerang Belgium dan Inter Milan, Romelu Lukaku muncul penjaring terbanyak bagi kelabnya. FOTO AFP
AFP

Milan: Penyerang Belgium, Romelu Lukaku menafikan spekulasi mengenai masa depannya dengan mengesahkan hari ini, dia mahu kekal bersama juara Serie A, Inter Milan musim depan.

Masa depan Lukaku masih menjadi tanda tanya selepas jurulatih kelab itu Antonio Conte, yang membawa bintang Belgium berkenaan ke Itali dua tahun lalu, meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama selepas memimpin mereka menjulang kejuaraan liga yang pertama dalam tempoh 11 tahun.

"Ya, saya akan kekal di Inter. Mungkin saya tidak harus memperkatakannya tetapi saya sudah berbincang dengan individu yang akan menjadi pengendali baharu pasukan. Ia perbincangan yang positif," kata Lukaku kepada stesen penyiaran Belgium, VTM.

Bekas pengendali Lazio, Simone Inzaghi hampir pasti mengambil alih tugas daripada Conte, dengan pelantikannya dijangka diumumkan minggu ini.

"Cabaran adalah untuk menang sekali lagi. Saya rasa sangat gembira di Inter," tambah bekas pemain Manchester United, Chelsea dan Everton itu.

"Pada penghujung saingan saya memenangi sesuatu, saya gembira dan saya mahu mengulanginya."

Lukaku adalah penjaring terbanyak Inter dengan 24 gol dalam liga dan 30 gol bagi semua kejohanan pada musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 8:44 AM