MARTINEZ berjaya membawa Belgium meraih tempat ketiga di Piala Dunia Russia 2018. FOTO Agensi
MARTINEZ berjaya membawa Belgium meraih tempat ketiga di Piala Dunia Russia 2018. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Belgium, Roberto Martinez semakin hampir untuk menyambung kontrak untuk terus mengendalikan negara berkenaan sehingga Piala Dunia 2022 di Qatar.

Martinez, 46, secara asasnya mencapai kesepakatan dengan Persekutuan Bolasepak Belgium tiga minggu lalu, jelas akhbar La Derniere Heure.

Kontrak pengendali kelahiran Sepanyol itu akan berakhir tahun ini selepas Euro, yang ditangguhkan ke tahun depan berikutan Covid-19.

Ada laporan menyatakan Martinez, yang membawa Belgium meraih tempat ketiga Piala Dunia 2018, bakal memperoleh kenaikan gaji sekali ganda dengan bayaran terkini ialah 1.2 juta Euro (RM5.7 juta) setahun.

Bekas pengendali Everton, Wigan dan Swansea itu menggantikan Marc Wilmots pada Ogos 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2020 @ 11:39 PM