PENG Soon (kiri) dan Liu Ying kekal mendapat tajaan dari Li-Ning. FOTO Ihsan Li-Ning
PENG Soon (kiri) dan Liu Ying kekal mendapat tajaan dari Li-Ning. FOTO Ihsan Li-Ning

JENAMA Sukan terkenal Li-Ning melanjutkan kontrak beregu campuran profesional, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying untuk tempoh setahun lagi menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sukan Olimpik Tokyo secara rasmi ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan dijadualkan akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Justeru pengumunan penajaan itu diharapkan dapat membantu beregu negara yang kini menghuni ranking ketujuh dunia melakarkan kejayaan di Olimpik tahun depan.

Peng Soon menzahirkan rasa syukur diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya bersama Liu Ying.

“Tidak mudah untuk mendapatkan sokongan dan tajaan dalam keadaan tidak menentu ini.

“Terima kasih kepada Li-Ning kerana masih menjadi penaja kami dan kami akan terus berusaha dan membayar semula kepercayaan yang diberikan dengan kejayaan.

Peng-Soon-Liu Ying mengumumkan pengunduran mereka dari Persatuan Badminton Malaysia pada Disember 2018 dan meneruskan kejohanan antarabangsa mereka di bawah Li-Ning.

Mereka memenangi kejuaraan di Thailand Masters dan Terbuka New Zealand pada Januari dan Mei tahun lalu.

Selain daripada beregu campuran negara itu, pasangan beregu lelaki Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin turut menandatangani kontrak bersama Li-Ning pada Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 7:18 PM